Alhamdulillah sampai saja kami di UK ni, ada kemudahan nursery yang canggih dengan bayaran yang canggih. Arasy ditempatkan di toddler unit, Sadrina and Syakib di baby unit. Masa ni Arasy just 2 1/2 year old, Sadrina 1 1/2 year. Bila Syakib dilahirkan dan genap 3 bulan, alhamdulillah ada tempat untuknya di baby unit. Ketiga-tiga mereka dapat menyesuaikan diri dan disayangi oleh pengasuh-pengasuh disini .
Kelahirannya memberi ketenangan dan kegembiraan seisi keluarga, keletahnya penyeri rumahtangga dan kebahagiaan ayah dan ibu, semoga menjadi anak yang soleh.
Selamat dilahirkan pada tanggal 3.4.2003 (4.0kg) di Walsgrave Hospital, semasa ibu dan ayah "bergelut" for the first year PhD panel review...Alhamdullillah semuanya telah berlalu dalam kenangan yang tak akan dilupakan buat seumur hidup. Inilah pengalaman termahal yang ALlah kurniakan buat kita sekeluarga. dan InsyaALlah anak montel, ibupun montel..daddy ....soon. (gambar di 80, Leicester Causeway, CV1 4HJ Coventry)